Ipoh,bandar ke4 terbesar di Malaysia juga merupakan ibu negeri Perak,berpopulasi majoriti kaum Cina,berstatus bandaraya dan terletak 200km di utara Kuala Lumpur.
Pertama kali bagi saya dan anak-anak mengunjungi Ipoh kerana menemani Umi yang mengikuti konferen Neurosurgeri di Hospital Raja Permaisuri Bainun.Kami sempat singgah ke beberapa tempat menarik yang seperti dalam gambar...
|
Bandaraya Ipoh |
|
Hotel Impiana Ipoh |
Hospital Ipoh atau kini dikenali Hospital Raja Permaisuri Bainun merupakan sebuah hospital negeri yang mula dibina pada 1881 dan terletak berhadapan Sekolah Menengah Anderson Ipoh.
|
Masjid Negeri Perak
Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Idris Shah II ini siap dibina pada 1978 dan dirasmikan oleh Sultan Idris Shah II iaitu Sultan Perak ke 33.Terletak di Jalan Dato' Sagor dan dikelilingi oleh Ibu Pejabat Polis IPK Ipoh,Stesen Keretapi Ipoh dan juga Dewan MBI.
Sebelum makan tengahhari kami singgah di masjid ini untuk saya menunaikan solat jumaat.Saya bersolat di ruang solat tingkat atas yang berhawa dingin dan disini juga mimbar khutbah jumaat berada.Pihak masjid memasang 2 layar yang untuk memaparkan informasi yang berkaitan ketika khutbah disampaikan.Cuma keadaan diruang atas ini agak panas,mungkin pendingin hawanya tidak lagi sesuai menampung jemaah jumaat yang ramai.
|
|
Jusco Kinta City |
Kini dikenali juga AEON Kinta City terletak di Jalan Teh Lean Swee off Jalan Sultan Azlan Shah Utara.Terpaksa leburkan hampir RM100 beli mainan untuk kakak dan Aris seorang satu..aduhai..
Restoran Dee Jay Arr
|
Aisy yang habiskan nasi ayam,, |
|
Nasi Ayam sedap... |
|
Restoran Dee Jay Arr, terletak di Jalan Raja Ekram,belakang Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Kami berempat makan tengahari disini tepat jam 3 petang,pesan sepinggan nasi ayam yang sangat sedap rasanya,,berkongsi 4 orang..bila dah habis makan nak tambah lagi,rupanya kami makan hidangan yang terakhir untuk hari itu..
|
Kakak dan Aris
Petang yang mendung dan redup hampir hujan sambil menunggu umi pulang dari hospital,Kakak dan Aris seperti biasa leka bermain di depan restoran...sambil saya dan Aisy menikmati cucur udang yang sedap...
|
|
|
Restoran Sabar Menanti
Makan malam di sini,sebuah restoran di tepi Stadium Majlis Bandaraya Ipoh, agak besar dan banyak menjual makanan ala kedai runcit dan keropok.Di pintu masuk siap ade jual pokok hiasan lagi.Saya pesan nasi putih berlauk daging masak merah, rasanya kurang memikat..
|
Taman Persisiran Sungai Kinta
Selepas sarapan pagi,kami berempat singgah di taman permainan yang terletak di Pekan lama Ipoh,taman permainan kecil dan menarik landskapnya ala-ala laman istana.Daripada cerita blog yang saya ambil gambarnya diatas,taman ini juga dikenali dengan nama People's Part Old Town yang dahulunya adalah tempat penjualan barang-barang lama.Menariknya bila lihat gambar itu kanak-kanak seronok bermain dan mandi-manda,tapi malangnya sekarang airnya sangat keruh dan bukan lagi tempat yang sesuai seperti dulu..
|
|
|
Aisy dan Kakak |
|
Aris |
|
Kakak berlatarkan kolam |
|
Aisy di People's Park,Pekan Lama Ipoh |
|
Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh
Taman Rekreasi ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah yang diterokai seawal tahun 1880 dan mempunyai bukit batu kapur yang juga banyak terdapat diseluruh lembah Kinta.Ia terletak 5KM dari bandar Ipoh dan berdekatan dengan susur keluar Ipoh Utara Lebuhraya PLUS.
|
|
Pemandangan dari Jeti
Tempat persinggahan terakhir kami di Ipoh iaitu ketika dalam perjalanan pulang ke KL..
Kami sampai disini tepat jam 3.40 petang dalam hujan renyai..malangnya disebabkan hujan kami tidak dapat menaiki bot yang perkhidmatannya akan tamat pada jam 4 petang..alangkah ruginya.Tapi anak-anak kelihatan seronok dapat lihat ikan keli yang sebesar lengan yang amat kelaparan berebut makanan.
|
|
Ikan keli yang sentiasa lapar.... |
|
Kakak dan Aris sedang berebut makanan ikan.. |