Wednesday, August 17, 2016

Alam Ria Pasti Gombak 2016

Pada Ahad 14 Ogos 2016 lalu kami menyertai program Alam Ria Pasti Kawasan Gombak 2016 yang di adakan di Masjid Kg Nakhoda, Selayang. Program yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk mengasah bakat murid dalam bidang kesenian disamping untuk mengukur kefahaman dan kemahiran amal islami di dalam penghayatan kehidupan seharian. 

Acara Nasyid berkumpulan adalah yang terawal dimulakan 
Ia hanya melibatkan murid yang berumur 6 tahun sahaja dan Aris terpilih untuk menyertai pertandingan azan mewakili sekolahnya Pasti Ehsan 2. Pertandingan azan adalah yang paling sengit bak kata pengadil, kerana melibatkan peserta teramai iaitu 20 murid mewakili daripada keseluruhan Pasti kawasan Gombak.

Peserta pertama sedang menyampaikan khutbah

Kebanyakan acara dilakukan dalam bangunan dewan dan kelas SAR KAFA Al-Humaira yang terletak dalam kompleks masjid. Setiap acara diasingkan mengikut jenis dan hanya peserta bersama ibu-bapa atau guru sahaja yang akan mengikuti setiap acara. Acara kalam jamie berserta khutbah dilakukan dalam masjid, manakala acara azan dan pidato pula dilakukan di Dewan Kuliah Muslimat.

Acara Sajak oleh peserta perempuan
Pelbagai ragam peserta dapat dilihat ketika bertanding, antaranya peserta pidato yang hanya membaca teks, ada yang gugup dan lupa isi pidato, juga ada yang berpakaian kemas menarik dan memberikan persembahan terbaik. Semua ini adalah ragam anak-anak yang berusaha untuk memberikan persembahan tetapi bercampur dengan rasa segan apabila berhadapan dengan audien yang ramai.

Acara Pidato, adik ini hanya membaca teks pidato nya

Kumpulan nasyid sedang berlatih kali terakhir sebelum persembahan
Aris sedang melaungkan azan, gilirannya adalah yang ke 13 daripada 20 peserta
Ketika saya mula mengetahui Aris akan masuk pertandingan, saya agak ragu sebab gigi hadapannya yang tiada, risau jugak kalau sebutannya kurang tepat. Tapi pada malam sebelum pertandingan, sebelum dia masuk tidur saya minta dia laungkan azan yang sebenarnya pertama kali saya dengar sebab sebelum ini dia agak malu untuk laungkan. Suaranya jelas dan lunak, azannya juga lancar tanpa tersekat dan juga pada persembahan Aris berjaya melaungkan azan dengan lancar sekali. Hasilnya Aris berjaya menduduki tempat ketiga..syukurlah dan lansung kami tak sangka.

Sejurus selepas persembahan..
Si Aisy sedang beraksi
Aris menerima hadiah tempat ke 2 daripada pengadil
Sejurus selepas acara pengumuman para pemenang tamat
Ketika sedang menunggu, bermain bersama sahabat Pasti nya, Najmi dan Aisy kt depan
Bangunan Utama Sekolah KAFA Al-Humaira ini kebanyakan acara dijalankan disini.
Pemandangan Masjid daripada tingkat 1 bangunan KAFA
SAR KAFA Integrasi Al-Humaira yang terletak dalam kompleks Masjid Kg Nakhoda.


Friday, May 20, 2016

6 Tahun dan 4 Tahun


Pagi ini kami menyambut hari lahir di sekolah buat budak berdua ini yang lahir pada bulan Mei. Aris pada 18 May dan Aisy pula 22 Mei. Kami menempah 2 biji kek di kedai kek Pistachios Sri Gombak. Umi juga sediakan nasi lemak untuk sarapan semua budak-budak di sekolah dan juga goodies.

Kek Setengah Kilo

Menunggu sebelum majlis

Bersedia untuk mula majlis