Thursday, March 29, 2018

Bercuti ke Sabah Part 1 - Menaiki ERL

20 Mac
1500hrs  Tiba dirumah jam 3 petang selepas balik daripada kursus 2 hari di SM Sains Banting, tanpa sempat berehat saya terus menyambung tugas mengemas apa yang patut sementara menunggu isteri balik kerja pada jam 5 petang nanti. Kami akan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk menaiki ERL ke KLIA2 malam ini.

Bangunan parkir TBS
2100hrs
Tepat jam 9 malam kami tiba di parkir TBS tingkat 5, alhamdulillah terus mendapat parkir yang terdekat dengan lif masuk ke TBS. Bayaran parkir disini adalah RM10 untuk 24 jam dan RM6 untuk setiap 24 jam berikutnya. Ia adalah jauh lebih murah daripada parkir di KLIA2 iaitu RM46 sehari dan sebab itu kami menggunakan ERL.
Papan tanda ke Stesen daripada TBS
Stesen ERL terletak di sebelah luar TBS iaitu kami kena keluar dari TBS untuk ke laluan yang sama ke stesen KTM Komuter. Hanya ikut papan tanda yang disediakan.

Tiket jenis kad
Harga tiket jika anda naik dari BTS (Bandar Tasik Selatan) iaitu disini adalah RM38.40 dewasa dan RM17.30 kanak-kanak berumur 2-12 tahun. Jika anda menaiki daripada KL Sentral akan dikenakan kadar penuh iaitu RM55 Dewasa. Boleh semak harga di web TBS ikut link berikut ;
http://www.tbsbts.com.my/my/travellers/klia-2

Sabar menati Tren tiba
Kami sedia untuk menaiki ERL, ini adalah kali pertama kami menaikinya, kami sekeluarga sudah biasa menaiki hampir semua jenis kenderaan di KL ini iaitu STAR LRT, Rapid LRT (Putra LRT), KTM Komuter, Monorel, MRT, KTM. Hanya satu lagi yang belum sempat kami rasa iaitu KTM ETS.

Bersambung di episod seterusnya..


Sunday, July 2, 2017

Samsung A5 2015

Samsung A5 saya kini mencecah umur 2 Tahun 6 Bulan, alhamdulillah masih berfungsi terutamanya kamera. Satu-satunya telefon terlama pernah saya guna..sejak Januari 2015.

Saya upload beberapa gambar terbaik yang saya rakam dan di touch-up dengan aplikasi Snapseed.


10 pagi, keluar untuk bersarapan..

Genting Sky Avenue, April 2017

Santai awal pagi di Hutan Lipur Ulu Yam

Tengahari berawan..

lewat petang, aliran trafik pulang bekerja

pemandangan SK Taman Seri Gombak 2 daripada jejantas baharu

Pagi yang indah

Pemandangan daripada jejantas Bank Negara

Pemandangan daripada jejantas Bank Negara laluan utama ke Sogo

Tenghari yang panas di tempat kerja, Kg Sg Tua

Anak-anak dan sepupu berlari pulang daripada beraya

Petang yang panas di Pantai Kemasik, Kemaman Terengganu

Wednesday, August 17, 2016

Alam Ria Pasti Gombak 2016

Pada Ahad 14 Ogos 2016 lalu kami menyertai program Alam Ria Pasti Kawasan Gombak 2016 yang di adakan di Masjid Kg Nakhoda, Selayang. Program yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk mengasah bakat murid dalam bidang kesenian disamping untuk mengukur kefahaman dan kemahiran amal islami di dalam penghayatan kehidupan seharian. 

Acara Nasyid berkumpulan adalah yang terawal dimulakan 
Ia hanya melibatkan murid yang berumur 6 tahun sahaja dan Aris terpilih untuk menyertai pertandingan azan mewakili sekolahnya Pasti Ehsan 2. Pertandingan azan adalah yang paling sengit bak kata pengadil, kerana melibatkan peserta teramai iaitu 20 murid mewakili daripada keseluruhan Pasti kawasan Gombak.

Peserta pertama sedang menyampaikan khutbah

Kebanyakan acara dilakukan dalam bangunan dewan dan kelas SAR KAFA Al-Humaira yang terletak dalam kompleks masjid. Setiap acara diasingkan mengikut jenis dan hanya peserta bersama ibu-bapa atau guru sahaja yang akan mengikuti setiap acara. Acara kalam jamie berserta khutbah dilakukan dalam masjid, manakala acara azan dan pidato pula dilakukan di Dewan Kuliah Muslimat.

Acara Sajak oleh peserta perempuan
Pelbagai ragam peserta dapat dilihat ketika bertanding, antaranya peserta pidato yang hanya membaca teks, ada yang gugup dan lupa isi pidato, juga ada yang berpakaian kemas menarik dan memberikan persembahan terbaik. Semua ini adalah ragam anak-anak yang berusaha untuk memberikan persembahan tetapi bercampur dengan rasa segan apabila berhadapan dengan audien yang ramai.

Acara Pidato, adik ini hanya membaca teks pidato nya

Kumpulan nasyid sedang berlatih kali terakhir sebelum persembahan
Aris sedang melaungkan azan, gilirannya adalah yang ke 13 daripada 20 peserta
Ketika saya mula mengetahui Aris akan masuk pertandingan, saya agak ragu sebab gigi hadapannya yang tiada, risau jugak kalau sebutannya kurang tepat. Tapi pada malam sebelum pertandingan, sebelum dia masuk tidur saya minta dia laungkan azan yang sebenarnya pertama kali saya dengar sebab sebelum ini dia agak malu untuk laungkan. Suaranya jelas dan lunak, azannya juga lancar tanpa tersekat dan juga pada persembahan Aris berjaya melaungkan azan dengan lancar sekali. Hasilnya Aris berjaya menduduki tempat ketiga..syukurlah dan lansung kami tak sangka.

Sejurus selepas persembahan..
Si Aisy sedang beraksi
Aris menerima hadiah tempat ke 2 daripada pengadil
Sejurus selepas acara pengumuman para pemenang tamat
Ketika sedang menunggu, bermain bersama sahabat Pasti nya, Najmi dan Aisy kt depan
Bangunan Utama Sekolah KAFA Al-Humaira ini kebanyakan acara dijalankan disini.
Pemandangan Masjid daripada tingkat 1 bangunan KAFA
SAR KAFA Integrasi Al-Humaira yang terletak dalam kompleks Masjid Kg Nakhoda.


Friday, May 20, 2016

6 Tahun dan 4 Tahun


Pagi ini kami menyambut hari lahir di sekolah buat budak berdua ini yang lahir pada bulan Mei. Aris pada 18 May dan Aisy pula 22 Mei. Kami menempah 2 biji kek di kedai kek Pistachios Sri Gombak. Umi juga sediakan nasi lemak untuk sarapan semua budak-budak di sekolah dan juga goodies.

Kek Setengah Kilo

Menunggu sebelum majlis

Bersedia untuk mula majlis

Wednesday, February 18, 2015

Kenangan Insan terdekat Tok Guru


Tok Guru yang dirindui selalu..


Allhumarghfillahu, warhamhu, waafihi, wa'fuanhu.aamiin.

Sedikit keratan ringkas kenangan yg diluahkan oleh insan-insan terdekat beliau,semoga ia jadi pedoman buat saya sendiri dan juga kita semua.


Dari kiri Ustaz Nik Razi, TGNA dan Ustaz Ahmad Dusuki
"Beliau seorang yang pembersih, pakaian dan hidupnya sentiasa menjaga sunnah, setiap kali saya mencium jari jemarinya sewaktu bersalam pasti akan terbau haruman yang indah, tutur bicaranya tersusun, sewaktu ia datang mendengar saya berforum diatas pentas di kota Jembal, keesokkannya ia menyebut kepada saya, "aturkan kata agar lebih tersusun, sebutlah Islam!, agar mereka yang mendengar mengerti hakikat agama ini".. kenangan yang sentiasa mekar terindah"..

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Anak saudara 

Rindu kata-kata mutiara ayah
Nik Asma' Salsabila berdiri kanan dan berdiri kiri Nik Amalina bersama 3 lagi kakaknya
Di saat-saat akhir ayah tidak berpesan apa-apa, tetapi paling saya ingat dan ayah sentiasa pesan ketika hayatnya jangan tinggalkan solat, selalu berselawat dan bacalah ayat Kursi apabila keluar dari rumah,” 

Ayah memang tegas, tetapi seorang ayah yang penyayang. Masih teringat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu semasa ayah pulang dan mendapati saya tidur di katilnya, ayah tidak kejutkan saya, sebaliknya ayah yang tidur di bawah,” 

Nik Asma’ Salsabila
Anak bongsu

“Ayah berkata, jika mahu mencari ilmu sampai mana-mana pun ayah akan tanggung tetapi kalau nak suruh bawa berjalan (bersiar-siar jauh) tidak boleh."

“Ayah adalah seorang bapa yang baik kerana didikannya boleh mematangkan anak-anak. Masa saya zaman kanak-kanak, abang belajar di Timur Tengah dan ketika itu saya masih ingat dia mahu pulang kerana peperangan, tetapi ayah tidak benarkan dan ayah berkata ‘jika mati nanti kita bertemu di syurga’,

“Masa lapang ayah dimanfaatkan dengan membaca kitab dan ayah juga akan menerangkan kepada kami secara sejelas-jelasnya isi kandungannya dengan mendalam supaya menjadi panduan hidup.

Nik Amalina
Anak ke 9

MB: Kelantan sunyi tanpa Tok Guru

                                                          
"Dalam diri kita ini ada cetusan baik dan tidak baik.Kalau kita jaga diri kita bersih kita selamat. Kalau kita ikut benda tidak betul kita tidak selamat. Itu ambo selalu ingat.Bagi tok guru dia lebih menasihatkan supaya perbetulkan sikap kita. Siapa yang menjaga diri  akan selamat. Dalam kerja pentadbiran, perniagaan, mengajar kena  ambil pendekatan yang sama."

Datuk Ahmad Yaakob,
Menteri Besar Kelantan

Tok Guru suka gaya bojeng nipis

“Arwah suka menipiskan rambutnya, kalau panjang sikit pun beliau sudah rimas dan cepat-cepat datang ke kedai, paling sibuk pun sebulan sekali mesti datang"
“Datang dengan senyuman dan duduk di kerusi tanpa sebarang ‘permintaan’, maka kita buat lah kerja kita, sejak dari dulu sampai akhir, hanya satu fesyen sahaja arwah suka iaitu gaya 'bojeng nipis',”

Abdul Hamid Sheikh Mubarak, ( Pak Hamid )
Tukang Gunting  Rambut


Zakaria Deraman

“Paling disukainya ialah duduk di masjid untuk membaca al-Quran. Selama 23 tahun menjadi pengiringnya, Tok Guru sering berpesan supaya solat awal waktu, jangan tinggal dan jangan lengah-lengahkan solat.
 
"Allahyarham tidak suka menyusahkan urusan orang lain walaupun diri sendiri sedang dalam kesusahan.
 
"Beliau juga pemurah, tak kiralah dari duit, masa atau tenaga. Boleh dikatakan hampir seluruh masanya juga digunakan untuk berdakwah dan bertemu rakyat, selebihnya berada di masjid untuk membaca al-Quran dan buku agama atau mengikuti perkembangan politik semasa,”.

 Zakaria Deraman ( Pok Ya )
Pengawal Peribadi 




PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.
Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.
 
Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.
 
Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.
 
Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).
 
Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.
 
Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara  yang bertuah kerana memiliki abang.
 
Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.
 
(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).
 
Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.
 
Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.
 
Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.
 
Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.
 
Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.
 
Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.
 
Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.
 
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.
 
Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.
 
Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
 
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.
 
Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.
 
Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.
 
Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.
 
Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.
 
Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.
 
Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.
 
Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.
 
(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.
 
Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)
 
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.
 
Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
 
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.
 
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.

Credit : Sinar Harian - http://www.sinarharian.com.my/
FB Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani - https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki?fref=nf

Friday, June 20, 2014

Surau Ubudiah Taman Sri Gombak - Kolam Wuduk baru

Sejak beberapa minggu yang lalu,pihak surau sedang melakukan sedikit pengubahsuaian,iaitu meroboh kolam wuduk yang lama dan mendirikan bangunan baru di belakang surau untuk menempatkan kolam wuduk baru.

Saya pasti pengubahsuaian ini adalah untuk membolehkan menampung jemaah untuk solat sunat terawih tak lama lagi yang semakin bertambah.Oleh itu kawasan wuduk lama kini kelihatan lapang dan luas untuk kegunaan jemaah terutamanya untuk solat sunat hari raya nanti.

Gambar diambil 2 minggu lalu


Foto terkini 2014


Foto kami sekeluarga ini diambil pada 5 May yang lalu,selepas selesai majlis pernikahan adik perempuan saya di Masjid Pak Sabah,Dungun Terengganu.

Menggunakan kamera Canon 5d Mark III dan touchup oleh Photoscape