Thursday, March 29, 2018

Bercuti ke Sabah Part 1 - Menaiki ERL

20 Mac
1500hrs  Tiba dirumah jam 3 petang selepas balik daripada kursus 2 hari di SM Sains Banting, tanpa sempat berehat saya terus menyambung tugas mengemas apa yang patut sementara menunggu isteri balik kerja pada jam 5 petang nanti. Kami akan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk menaiki ERL ke KLIA2 malam ini.

Bangunan parkir TBS
2100hrs
Tepat jam 9 malam kami tiba di parkir TBS tingkat 5, alhamdulillah terus mendapat parkir yang terdekat dengan lif masuk ke TBS. Bayaran parkir disini adalah RM10 untuk 24 jam dan RM6 untuk setiap 24 jam berikutnya. Ia adalah jauh lebih murah daripada parkir di KLIA2 iaitu RM46 sehari dan sebab itu kami menggunakan ERL.
Papan tanda ke Stesen daripada TBS
Stesen ERL terletak di sebelah luar TBS iaitu kami kena keluar dari TBS untuk ke laluan yang sama ke stesen KTM Komuter. Hanya ikut papan tanda yang disediakan.

Tiket jenis kad
Harga tiket jika anda naik dari BTS (Bandar Tasik Selatan) iaitu disini adalah RM38.40 dewasa dan RM17.30 kanak-kanak berumur 2-12 tahun. Jika anda menaiki daripada KL Sentral akan dikenakan kadar penuh iaitu RM55 Dewasa. Boleh semak harga di web TBS ikut link berikut ;
http://www.tbsbts.com.my/my/travellers/klia-2

Sabar menati Tren tiba
Kami sedia untuk menaiki ERL, ini adalah kali pertama kami menaikinya, kami sekeluarga sudah biasa menaiki hampir semua jenis kenderaan di KL ini iaitu STAR LRT, Rapid LRT (Putra LRT), KTM Komuter, Monorel, MRT, KTM. Hanya satu lagi yang belum sempat kami rasa iaitu KTM ETS.

Bersambung di episod seterusnya..


No comments:

Post a Comment