20 Mac
1500hrs Tiba dirumah jam 3 petang selepas balik daripada kursus 2 hari di SM Sains Banting, tanpa sempat berehat saya terus menyambung tugas mengemas apa yang patut sementara menunggu isteri balik kerja pada jam 5 petang nanti. Kami akan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk menaiki ERL ke KLIA2 malam ini.
Tepat jam 9 malam kami tiba di parkir TBS tingkat 5, alhamdulillah terus mendapat parkir yang terdekat dengan lif masuk ke TBS. Bayaran parkir disini adalah RM10 untuk 24 jam dan RM6 untuk setiap 24 jam berikutnya. Ia adalah jauh lebih murah daripada parkir di KLIA2 iaitu RM46 sehari dan sebab itu kami menggunakan ERL.
Stesen ERL terletak di sebelah luar TBS iaitu kami kena keluar dari TBS untuk ke laluan yang sama ke stesen KTM Komuter. Hanya ikut papan tanda yang disediakan.
Papan tanda ke Stesen daripada TBS |
Tiket jenis kad |
http://www.tbsbts.com.my/my/travellers/klia-2
Sabar menati Tren tiba |
Kami sedia untuk menaiki ERL, ini adalah kali pertama kami menaikinya, kami sekeluarga sudah biasa menaiki hampir semua jenis kenderaan di KL ini iaitu STAR LRT, Rapid LRT (Putra LRT), KTM Komuter, Monorel, MRT, KTM. Hanya satu lagi yang belum sempat kami rasa iaitu KTM ETS.
Bersambung di episod seterusnya..