Thursday, July 26, 2012

Surau Ubudiah Taman Sri Gombak

Surau Ubudiah Taman Sri Gombak adalah surau terdekat dengan rumah,jaraknya hanya xsampai 100 meter..
Syukur sebab mendapat kediaman di lokasi yang baik dan dekat surau,jiran-jiran pun baik..
      Surau Ubudiah ni sebenarnya juga merupakan Markas Cawangan PAS Taman Sri Gombak,secara automatiknya jemaahnya adalah dikalangan penyokong PAS.Ada 2 orang Imam tetap dan seorang imam hafiz,seorang bilal dan beberapa orang siak..tetapi aku masih tidak pasti siapa dan berapa orang semuanya yang bertugas di surau ini.Surau ini juga dibawah kariah masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak.
       Sempena ramadhan ini,dah ada program yang dirancang,bermula dengan majlis berbuka puasa yang sudah penuh tempahan untuk 29 hari..alangkah bertuahnya surau ini kerana mempunyai ahli kariah yang kebanyakannya dermawan.makanannya dah tentu kambing yang jadi kesukaan kebanyakan jemaah.
       Selepas solat isyak,diadakan program tahlil ramadhan,khas untuk ahli kariah yang ingin buat tahlil untuk arwah ahli keluarga,cuma mengisi borang yang telah disediakan.Kemudian diadakan pula tazkirah selama 25minit dan barulah solat sunat Tarawih yang biasanya bermula  tepat jam 9.45malam.Solat di ketuai oleh 2 orang imam hafiz yang bergilir setiap hari untuk 20 rakaat.Tapi aku cuma dapat lakukan sehingga 8 rakaat sahaja,,kerana amat mengantuk..mungkin sebab siang hari aku bekerja dan ibadat di malam yang agak lewat..
namun aku akan cuba sebaik mungkin supaya dapat solat sehingga 20 rakaat.InsyaAllah..
       Terdapat banyak perbezaan berbanding di tempat asal ku iaitu Dungun,Terengganu..majlis berbuka puasa di surau hanyalah sekali..di masjid pun sama..manakala tiada tazkirah ramadhan,juga tiada tahlil arwah setiap selepas isyak,,cuma Tadarus Al-Quran yang sentiasa diadakan selepas habis solat terawih dan witir.tapi itu dulu..tak tahu sekarang kalau dah ada perubahan..selamat berpuasa.

Saturday, July 21, 2012

Tido time.


          Tido time petang-maghrib-isyak pulak bebudak nh..biasalah budak2..dalam fikiran diorang hanyalah main-main dan terus main.tiba masanya tido...tak tiba masanya lapar..tiba masanya mengamuk entah pasal apa...ade masa kul 12 mlm lebih pun lompat2 lagi...biasanya kakak la..aris ok skit..kalau petang dah tido lambat skit je untuk dia tido malam,kalau siang tak tido karang kul 8-9 dah nak susu...maknanya nak tido...
         Sungguh seronok melayan sikap diorang sambil melihat diorang membesar dan mula pandai itu ini...kakak dan pandai cakap,mesti belajar ngan makcik dia yang 2 orang tu...aris plak pun pandai cakap..tapi biasalah belajar ngan satu-satunya kawan yang juga lawan iaitu kakaknya...
           Areessa dah nak masuk 4 tahun 24 sept nh,Aris baru je 2 tahun 18 may lalu...dan yang terbaru ahli keluarga kami Aisy baru je nak masuk 2 bulan esok...



Universiti Ramadhan 1433 H / 2012 M


Ramadhan datang lagi...Allhamdulillah sykur kerana aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan yang penuh rahmat ini.Sedikit perbezaan bagi diriku kali ini..adalah kerana aku tak ingin sia-sia kan bulan ramadhan seperti tahun-tahun lalu...betapa ruginya masa aku yang lalu bila tak dapat gunakan peluang yang Allah swt bagi sebaiknya..Semoga ramadhan kali ini aku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk beribadat sebanyak yang mampu.Aaaminn..

Thursday, July 19, 2012

1 Month Later

Masih kurus,..
Genap hari nh 22 Jun 2012..Aisy da masuk sebulan umurnya..tapi masih ade kuning lg..harap cepat hilang kuning sb dia kuat nyusu..lebih2 lagi nyusu ngan umi...tapi kena ajar susu tin jgk lah,sb umi kerja.paling elok ibu tak bekerja,boleh nyusu anak 24 jam,xpela nak buat camne,inilah kehidupan kami buat masa ini..


kene photo apa tah..utk hilang kuning
gambar kt atas tu masa Aisy kt wad lg..seminggu jgklah duk wad..1stly sb umi demam masa beranakkn dia,terpaksala tahan wad 2hari utk makan antibiotik dan tgk resut,.Aisy skali pn kena msuk jarum kt tangan.alahaiii budak halus ( budak kecik dlm loghat trengganu) kena cucuk jarum kt tgn cmnela rsanya..

Alhamdulillah masa tulis citer nh Aisy dh sihat walafiat...syukur.....

Wednesday, July 18, 2012

Newborn

Aisy

Selamat lahir kepada Muhammad Aisy Hassan bin Mohd Salmizie tepat jam 630 petang di PPUKM,Cheras KL pada 22 May 2012
Semoga kehadiranmu yang juga merupakan sebuah amanah dari Allah swt memberikan keberkatan kepada kehidupan kami sekeluarga..

Alkisahnya...
Plaza Tol Batu Arah KL
Sekitar jam 9 pagi kami melalui Plaza Tol Batu arah KL untuk temujanji di klinik Fisioterapi di PPUKM,hampir setahun yang lalu umi terjatuh duduk di tangga dewan ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan dan sejak dari itu umi asyik mengadu kesakitan terutamanya ketika kandungan Aisy semakin membesar..sampai umi tak larat untuk bekerja seperti biasa.

Adik & Kakak main kt Klinik Fisio
bed 12 wad gyne 1
Lunch Time!

Temujanji adalah pada jam 10 pagi dan siap lebih kurang jam 1130 pagi..setelah selesai pemeriksaan,umi mengadu kesakitan di perut...oleh kerana kami masih di hospital, kami bercadang untuk terus ke klinik O&G untuk melakukan pemeriksaan.Rupanya doktor memaklumkan saluran peranakan telah terbuka sebanyak 2 cm dan doktor terus masukkan umi ke wad Intan 1.
         Selepas selesai menguruskan umi masuk ke wad,kami bertiga bergegas pulang ke gombak untuk mengambil keperluan bersalin umi disamping meninggalkan kakak dan Aris di rumah yang dah mulai mengantuk.Dalam perjalanan ke hospital umi telefon memberitahu yang dia akan masuk ke bilik bersalin sebab dah buka 5 cm..aku sampai di hospital tepat jam 3.30 petang.

Mid wife nurse..trainer..ptt baju maroon.
Pas Pelawat...Pas Menunggu sebenarnya..
Seperti biasa sebelum dapat memasuki bilik bersalin,kena dapatkan isi borang ringkas dan hantar ke pos pengawal untuk mendapatkan pas pelawat daripada pengawal keselamatan seperti dalam gambar diatas untuk menunggu ketika bersalin nanti.


sejenis mesin..utk apa xtahu..
Mesin Blood Pressure rasanya
Daripada jam 4 petang kami menunggu dengan umi menahan kesakitannya,
Akhirnya tepat 6.30 pm...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi umi selamat melahirkan...bayi kami yg ke 3 yg juga lelaki no 2...seberat 2.85 kg ..berbanding kakaknya 3.23kg dan abangnya 3.6kg,walau lahir sebulan awal daripada jadual nya iaitu 26 Jun 2012...Syukurlah sekali lagi semuanya selamat...

ahli baru 
                  






Chanel 613

Hobi budak 4tahun ngan 2tahun buat masa sekarang...chanel 613 je la...24jam...xdela 24 jam.tapi selagi bukak mata tu...payahla sket makcik dia nk alih chanel korea dia..umi dia xleh wat pe.
xpela...sekejap je tu..nanti jumpe hobi baru plak..sabo je la.

Tuesday, July 17, 2012

Kuliah Maghrib di surau Ubudiah

Semalam 17 Jul 2012,kuliah maghrib oleh Ustaz Rahim,di surau Ubudiah Taman Sri Gombak,
aku dtg pn lambat sikit..815pm br duduk..ustaz nh agak menarik kuliahnya,sebab penyampaiannya
jelas dan sedikit menghiburkan yang ringkas tapi bukanlah lawak.
aku baru je kali kedua dengar kuliah dia..kalau ikut jadual dia lepas nih raya ke 3..
so beliau mengambil kesempatan untuk ucap selamat berpuasa kepada semua..
katanya "mungkin kita tak jumpa raya nanti,sebab dah tentu saya kemana dan anda semua pun kemana" namapun hari raya...betullah..so apa yang aku dapat belajar semalam daripada ustaz adalah satu kata-kata yang amatlah betul bila tiba bulan puasa atau ramdhan nh iaitu :

" satu-satunya ibadah dalam bulan puasa yang orang tak tahu kita betul-betul buat atau tidak adalah puasa itu sendiri" 
hanyalah kita dan Allah swt yang tahu..

sebab kalau terawih orang nampak kat surau,kalau tadarus pun sama dan juga sedekah.
mm...baru aku perasan...