Wednesday, July 18, 2012

Newborn

Aisy

Selamat lahir kepada Muhammad Aisy Hassan bin Mohd Salmizie tepat jam 630 petang di PPUKM,Cheras KL pada 22 May 2012
Semoga kehadiranmu yang juga merupakan sebuah amanah dari Allah swt memberikan keberkatan kepada kehidupan kami sekeluarga..

Alkisahnya...
Plaza Tol Batu Arah KL
Sekitar jam 9 pagi kami melalui Plaza Tol Batu arah KL untuk temujanji di klinik Fisioterapi di PPUKM,hampir setahun yang lalu umi terjatuh duduk di tangga dewan ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan dan sejak dari itu umi asyik mengadu kesakitan terutamanya ketika kandungan Aisy semakin membesar..sampai umi tak larat untuk bekerja seperti biasa.

Adik & Kakak main kt Klinik Fisio
bed 12 wad gyne 1
Lunch Time!

Temujanji adalah pada jam 10 pagi dan siap lebih kurang jam 1130 pagi..setelah selesai pemeriksaan,umi mengadu kesakitan di perut...oleh kerana kami masih di hospital, kami bercadang untuk terus ke klinik O&G untuk melakukan pemeriksaan.Rupanya doktor memaklumkan saluran peranakan telah terbuka sebanyak 2 cm dan doktor terus masukkan umi ke wad Intan 1.
         Selepas selesai menguruskan umi masuk ke wad,kami bertiga bergegas pulang ke gombak untuk mengambil keperluan bersalin umi disamping meninggalkan kakak dan Aris di rumah yang dah mulai mengantuk.Dalam perjalanan ke hospital umi telefon memberitahu yang dia akan masuk ke bilik bersalin sebab dah buka 5 cm..aku sampai di hospital tepat jam 3.30 petang.

Mid wife nurse..trainer..ptt baju maroon.
Pas Pelawat...Pas Menunggu sebenarnya..
Seperti biasa sebelum dapat memasuki bilik bersalin,kena dapatkan isi borang ringkas dan hantar ke pos pengawal untuk mendapatkan pas pelawat daripada pengawal keselamatan seperti dalam gambar diatas untuk menunggu ketika bersalin nanti.


sejenis mesin..utk apa xtahu..
Mesin Blood Pressure rasanya
Daripada jam 4 petang kami menunggu dengan umi menahan kesakitannya,
Akhirnya tepat 6.30 pm...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi umi selamat melahirkan...bayi kami yg ke 3 yg juga lelaki no 2...seberat 2.85 kg ..berbanding kakaknya 3.23kg dan abangnya 3.6kg,walau lahir sebulan awal daripada jadual nya iaitu 26 Jun 2012...Syukurlah sekali lagi semuanya selamat...

ahli baru 
                  






No comments:

Post a Comment