Thursday, July 26, 2012

Surau Ubudiah Taman Sri Gombak

Surau Ubudiah Taman Sri Gombak adalah surau terdekat dengan rumah,jaraknya hanya xsampai 100 meter..
Syukur sebab mendapat kediaman di lokasi yang baik dan dekat surau,jiran-jiran pun baik..
      Surau Ubudiah ni sebenarnya juga merupakan Markas Cawangan PAS Taman Sri Gombak,secara automatiknya jemaahnya adalah dikalangan penyokong PAS.Ada 2 orang Imam tetap dan seorang imam hafiz,seorang bilal dan beberapa orang siak..tetapi aku masih tidak pasti siapa dan berapa orang semuanya yang bertugas di surau ini.Surau ini juga dibawah kariah masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak.
       Sempena ramadhan ini,dah ada program yang dirancang,bermula dengan majlis berbuka puasa yang sudah penuh tempahan untuk 29 hari..alangkah bertuahnya surau ini kerana mempunyai ahli kariah yang kebanyakannya dermawan.makanannya dah tentu kambing yang jadi kesukaan kebanyakan jemaah.
       Selepas solat isyak,diadakan program tahlil ramadhan,khas untuk ahli kariah yang ingin buat tahlil untuk arwah ahli keluarga,cuma mengisi borang yang telah disediakan.Kemudian diadakan pula tazkirah selama 25minit dan barulah solat sunat Tarawih yang biasanya bermula  tepat jam 9.45malam.Solat di ketuai oleh 2 orang imam hafiz yang bergilir setiap hari untuk 20 rakaat.Tapi aku cuma dapat lakukan sehingga 8 rakaat sahaja,,kerana amat mengantuk..mungkin sebab siang hari aku bekerja dan ibadat di malam yang agak lewat..
namun aku akan cuba sebaik mungkin supaya dapat solat sehingga 20 rakaat.InsyaAllah..
       Terdapat banyak perbezaan berbanding di tempat asal ku iaitu Dungun,Terengganu..majlis berbuka puasa di surau hanyalah sekali..di masjid pun sama..manakala tiada tazkirah ramadhan,juga tiada tahlil arwah setiap selepas isyak,,cuma Tadarus Al-Quran yang sentiasa diadakan selepas habis solat terawih dan witir.tapi itu dulu..tak tahu sekarang kalau dah ada perubahan..selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment