Tuesday, July 17, 2012

Kuliah Maghrib di surau Ubudiah

Semalam 17 Jul 2012,kuliah maghrib oleh Ustaz Rahim,di surau Ubudiah Taman Sri Gombak,
aku dtg pn lambat sikit..815pm br duduk..ustaz nh agak menarik kuliahnya,sebab penyampaiannya
jelas dan sedikit menghiburkan yang ringkas tapi bukanlah lawak.
aku baru je kali kedua dengar kuliah dia..kalau ikut jadual dia lepas nih raya ke 3..
so beliau mengambil kesempatan untuk ucap selamat berpuasa kepada semua..
katanya "mungkin kita tak jumpa raya nanti,sebab dah tentu saya kemana dan anda semua pun kemana" namapun hari raya...betullah..so apa yang aku dapat belajar semalam daripada ustaz adalah satu kata-kata yang amatlah betul bila tiba bulan puasa atau ramdhan nh iaitu :

" satu-satunya ibadah dalam bulan puasa yang orang tak tahu kita betul-betul buat atau tidak adalah puasa itu sendiri" 
hanyalah kita dan Allah swt yang tahu..

sebab kalau terawih orang nampak kat surau,kalau tadarus pun sama dan juga sedekah.
mm...baru aku perasan...


No comments:

Post a Comment